Sabtu, 4 Januari 2014

Asobiyyah Yang Membunuh Ummah


Hari Ini Dalam Sejarah Palestin  3 Januari 1919

Perang Dunia Pertama (WWI) telah menyaksikan bagaimana semangat asobiyyah kembali memporak-perandakan dunia Arab setelah berkurun lama ia ditundukkan oleh Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW di wilayah tersebut sejak tahun 610 Masihi.

Julai 1915- Januari 1916 telah menyaksikan berlakunya pakatan rahsia antara Emir Hussein bin Ali, Sharif di Mekah dan Sir Henry McMahon, British High Commissioner di Mesir untuk menentang Khalifah Turki Uthmaniyyah dan mengembalikan semula Sistem Khalifah ke Jazirah Arab. Pakatan ini tercatat dalam lembaran sejarah sebagai Hussein-McMahon Correspondence.

Secebis Kisah Kebijaksanaan Imam Ahmad Bin Hanbal


Imam Az-Zahabi meriwayatkan kisahnya dari Al Muhtadi Billah Muhammad bin Al -Wathiq, anak kepada khalifah Al -Wathiq dalam kitabnya Siyaru A’laamin Nubalaa’ juz XI :312, ini ceritanya:

Berkata Al Muhtadi Billah Muhammad bin Al Wathiq: “Dahulu ayahku (Khalifah Al-Wathiq) bila hendak membunuh seseorang, ia mengajak kami menyaksikannya. Suatu saat dihadapkan kepadanya seorang lelaki tua yang disemir rambutnya dalam keadaan terikat”. (Orang tua ini adalah Abu Abdillah Ahmad bin Hambal Rahimahullah). Ayahku itu berkata: “Izinkan Abu Abdillah (Ibnu Abi Duad, kuniyahnya sama dengan Imam Ahmad) beserta para sahabatnya untuk masuk”. Yang dimaksudkan adalah Ibnu Abi Duad. Perawi berkata: “Maka masuklah orang tua itu (Imam Ahmad)”. Orang itu berucap: “Assalamu’alaika Yaa Amiral Mukminin”. (semoga keselamatan atas dirimu). Beliau (Al Watsiq) menjawab: “Laa Sallamallahu ‘Alaika.” (semoga Allah tidak memberikan keselamatan atas kamu). Lelaki itu membalas: “Sungguh hina cara kamu memberikan salam. Padahal Allah Ta’ala berfirman (yang beerti):

Jumaat, 30 November 2012

Tiada Jihad Di Palestin?


Malaysia digemparkan dengan kenyataan seorang ustaz bahawa tiada jihad di Palestin. Ramai yang share dan menyatakan kebencian terhadap kenyataan itu. Maki hamun pun ada. Ya, saya memahami betapa kita terkilan dengan penyataan sedemikian rupa, dalam keadaan Gaza diserang dan bermandikan darah saban hari. Saat mereka menunjukkan kekentalan mempertahankan bumi pertiwi, tiba-tiba ada yang berkata bahawa tiada jihad di sana, orang Palestin patut keluar dari Palestin, seterusnya dikatakan pula usaha boikot itu sia-sia, dan sebagainya yang jelas tidak mengambil berat akan keadaan semasa.
Justeru ini sekadar coretan saya akan isu ini, sekadar apa yang saya belajar.

Rabu, 7 Mac 2012

Jahilnya Kita Terhadap Lawan

“Teks, dan manusia. Dua saluran untuk memahami” itu yang saya pegang.
Setelah meluangkan masa memahami kehidupan pada teks-teks agama sebagai panduan, tiba masanya kita terjun ke alam pekerjaan.
Bekerja bukan hanya bekerja. Tetapi bekerja untuk membina jambatan antara agama dan manusia.
Subhanallah, datang dari sekolah agama yang semuanya Melayu dan Muslim, kemudian bermastautin di Jordan yang semuanya Arab dan Muslim, manusia di sepanjang hidup saya itu bersifat monotonous. Ia tidak menggambarkan cabaran rencam yang menanti kehidupan di hadapan. Islam yang saya belajar, wahyu pertamanya turun di Tanah Arab, namun cabaran semasa yang menanti di hadapan adalah warna warni Empayar Rom dan Parsi.
Itu menungan saya di tingkap. Saya sudah berada di Eropah. Namun saya jahil untuk memahami manusia dan pemikirannya. Kejahilan yang menjadikan kita sukar untuk memahami mad’u di Eropah sendiri, malah turut mencabar upaya saya untuk memahami pemikiran apa yang sedang membentuk minda anak watan di tanah air.
Itu tidak bagus.
Saya yakin ‘Barat’ lebih berkasar dengan Sayyid Qutb berbanding Hasan al-Banna sendiri selaku pengasas al-Ikhwan al-Muslimun, antara puncanya adalah kerana pengetahuan mendalam Sayyid Qutb tentang Barat. Tafsir Fi Dhilal al-Quran itu sendiri merupakan kritikan langsung Sayyid Qutb kepada gagasan idea Eropah yang menyelinap masuk ke kepercayaan, pandangan hidup dan sistem nilai umat Islam semasa.
Saya tidak boleh terus jahil tentang Eropah. Tentang Barat.

Selasa, 6 Mac 2012

Dakwah Fardiyah: Teori dan Praktikal


Di dalam pengoperasian dakwah fardiyah, ada beberapa hakikat dan kenyataan realiti yang perlu difahami oleh para du’at .Hakikat dan asas ini perlu diraikan ketika bergerak di gelanggang dakwah fardiyah.
Antara hakikat tersebut sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Halim al-Kinani ialah :

Khamis, 9 Februari 2012

Sehari Semalam Bersama Ustaz Hasan al-Banna

Ustaz Hasan al-Banna datang ke Mahlah Kubra. Khemah yang besar telah dipasang di kawasan tanah lapang. Masyarakat dari pelbagai daerah diundang untuk hadir. Para anggota Ikhwan bercakap dengan tema ceramah yang berbeza, kemudian ditutup dengan ceramah Ustaz Hasan al-Banna. Ketika Ustaz Hasan al-Banna hampir menyelesaikan ceramahnya, terjadin satu pergaduhan. Tetapi Ustaz bersama anggota Ikhwan yang lain Berjaya menenangkan para hadirin agar tidak beralih perhatian dengan pergaduhan itu. Beberapa anggota parti Wafd di Mahlah ingin merosakkan majlis yang dianjurkan oleh Ikhwan dengan mencuba menarik perhatian para hadirin kepada pergaduhan tersebut. Dengan berlakunya pergaduhan dalam majlis besar itu, mereka ingin menonjolkan imej yang buruk tentang Ikhwan.

Rabu, 8 Februari 2012

Dua Peristiwa Penting Setelah 20 Tahun Ikhwan Ditubuhkan

Antara aktiviti penting yang berlaku waktu itu adalah beberapa pertemuan yang diadakan untuk memperingati 20 tahun tertubuhnya Ikhwanul Muslimin. Harian al-Ikhwan diterbitkan secara khusus untuk memperingati majlis-majlis peringatan ini dengan jumlah yang banyak. Didalamnya mengandungi latar belakang sejarah Ikhwan, aktiviti-aktiviti Ikhwan dan peranan mereka dalam masyarakat. Majlis peringatan ini juga diadakan di beberapa tempat di Mesir. Aku mendapat tugas untuk terlibat dalam beberapa majlis di pelbagai tempat.

Asma'ul Husna

asma ul husna