salam

Isnin, 2 Mac 2009

BAGAIMANA MELAKUKAN FORMAT KOMPUTER DENGAN WINDOWS XP

PENGENALAN

Proses format komputer merupakan satu proses memasukkan kembali perisian untuk sistem operasi bagi sesebuah komputer. Sistem operasi adalah sangat penting bagi sesebuah komputer kerana sistem operasi berperanan untuk mengawal keseluruhan operasi di dalam komputer. Contoh sistem operasi adalah seperti Windows XP, UNIX, LINUX, Red Hat dan sebagainya. Sistem operasi yang paling banyak digunakan ialah Window XP. Antara sebab–sebab sistem operasi gagal berfungsi dengan baik ialah disebabkan oleh virus dan spyware, faktor manusia dan faktor-faktor lain. Namun, majoritinya ialah disebabkan oleh serangan virus dan spyware.

Berikut merupakan cara untuk melakukan proses format komputer menggunakan perisian Window XP:

-Mulakan proses format komputer dengan memasukkan CD perisian Window XP ke dalam CD-ROM dan ‘restart’ komputer.
-Pastikan komputer dapat ‘boot’ daripada CD untuk memasuki ‘Windows Setup Main Menu’.



Proses ‘boot’ daripada CD.

-Setelah berada di dalam ‘Welcome Setup Page’, tekan ‘ENTER’.




Keadaan ‘Welcome Setup Page’.

-Tekan F8 untuk menerima lesen perjanjian Windows XP.




Lesen perjanjian Window XP.

-‘Partition’ di dalam cakera keras ditunjukkan. Tekan ‘ENTER’ untuk memasukkan Windows XP di dalam salah satu pertition yang ada di dalam cakera keras.




‘Partition’ di dalam cakera keras.

-Selepas itu, tekan anak panah ‘UP’ atau ‘DOWN’ untuk memilih cara untuk proses format dan tekan ‘ENTER’.




Pilihan untuk memasukkan perisian Windows XP.

-Tekan F untuk melakukan proses format ke atas ‘partition’ yang dipilih.

-Proses ‘copy file’ daripada CD sedang berjalan.




Proses ‘copy file’ daripada CD.

-Selanjutnya tekan tetikus pada ‘NEXT’.




Taipkan nama dan organisasi pada ruang yang disediakan.


-Masukkan ‘License Key’ ke dalam ruangan yang disediakan.




Taipkan ‘License Key’.

-Selepas itu, ikut arahan yang tertera pada skrin untuk menyambung kembali proses format sehinggalah selesai.





Keadaan setelah selesai proses format.

1 ulasan:

Asma'ul Husna

asma ul husna